Sunday, 7 April 2013

singa vs harimau =) wink2

Harimaukah aku? Hahaha.. Nak tergelak besar aku dibuatnya bila tengok anak-anak (erkkk),,,,, adik-adik murid aku ni.. (perasan muda) Ya Allah, kelas bising tu tak tau lah nak kata macam mana. Dari kelas pagi sampai ke kelas petang, sama ja semua. Al maklum la.. Ajar budak-budak darjah 1 sampai 5.. Macam-macam karenah la dibuatnya. Sepak kawan la, curi barang kawan la, dan macam-macam lagi lah..

Yang boleh timbul perkataan "harimau" dari mulut anak murid aku ni,, haha,, sebab angkat kerusi je pun. Ya la, dah bising sangat. Sekali aku angkat kerusi, senyap pulak. Haha. Bukannya nak buat, tapi semua ada tindakan refleks. Paling terkejut, sorang budak kecik ni. Nama dia widad.. Ya Allahhhhhhhhhh, comellll sangat2. Aku memang tak boleh nak cover gelak tengok dia terkejut tadi. Last-last, dia habaq dekat kawan dia, "ustazah garang macam harimau".. Haha.. Baru kali ni aku dengar majaz 'garang macam harimau'.. Selalunya 'garang macam singa'... Maybe adik-beradik kot singa dengan harimau tu.

Tu cara kelas pagi, tak reti nak berhenti bercakap. Ada ja benda yang depa nak cakap. Kelas petang lain pula ragamnya.. Bercakap tu telah dah. Yang belah petang lagi-lagi la hiper active. Sampai tak terkejar aku dibuatnya. Aku rasa sekolah sahabat aku, nabilah hannan dia ngajar tak da la teruk sangat kot. Yang aku ni, sampai boleh main henset aku. Ingat aku ada pakwe ka apa? Haha. Terlalu sporting kot aku ni. Nasib baik la bukan spotring. Hee~

Btw, walaupun mereka tu terlalu-lalulah nakal, tapi aku sayang mereka. Aku suka mengajar mereka. Best. Bila sebut pasal sayang ni, aku teringat dekat sorang lagi anak murid aku. Nama dia Alif Daniel. Baru darjah tiga, tapi mengaji Al-Quran.. Fuhh, lancar. Payah nak cari dia salah hukum bacaannya. Aku rasa dia ni ada potensi untuk lebih maju suatu hari nanti, cuma antara mahu dengan tak mahu je. Mana taknya, bila aku tanya, besar nanti nak sekolah agama ke sekolah menengah? Dia jawab sekolah menengah. Bila aku jelaskan kebolehan dia, baru dia kata sekolah agama.

Tunggu la, akan ku insert photo-photo mereka nanti.. Buat kenang-kenangan kan. Hehe. Yang bab harimau/singa, esok aku nak angkat kerusi kat widad pulok. nak tengok dia nak kata apa pulak. Hee

No comments:

Post a Comment

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...