Friday, 31 May 2013

warkah buat dirimu sahabat :)

Assalamualaikum semua.. ::

:) "janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula bersedih hati, padahal kamu adalah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu beriman." ~ ali-imran :139

Ayat yang selalu bermain dibibirku sejak dari tingkatan 4 ketika diri ini dalam kekusutan, jiwa gundah gulana.. sobsob. Setiap kali aku sedih, pasti ayat ini yang aku sebutkan dahulu. :) InsyaAllah, aku percaya janji-janji Allah. Sesungguhnya, Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. ;)

Kenapa tiba-tiba hari ni aku post entry sedih semacam jeee?? Hee, sebenarnyaa diri ni tak sedih cuma berada dalam dilema. Dilema yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. (cewahhhhh, bm A tak? :P) Ok2, straight to the point je la kan.. Nak berkias-kias lah pulak..

Sebenarnya, entry ni aku nak tujukan kepada seorang hamba Allah, merangkap sahabat aku hampir dua tahun.. :) Kepada sahabat aku, aku nak jelaskan sejelas-jelasnya kepada dirimu tentang diri ini.. Ya, aku tahu.. Kamu kecewa dengan diri ini, dah lama kamu pendamkan semua ini kan? Cuma kamu tak tahu nak luahkan kepada sapa.. Aku masih lagi mentah dan masih lagi setahun jagung. Aku tak mahu perkara yang aku takutkan sebelum ini terjadi lagi.. Cukuplah hanya sekali dalam hidupku..

Aku bukan mahu menolak dirimu, tapi aku rasa usia seawal kita masih belum sesuai untuk berbicara tentang ini.. Aku tak dapat nafikan, perasaan yang hadir itu datang tanpa dipinta, tapi ia pergi juga tanpa disuruh sahabat.. Aku tak berniat untuk kamu terus mengingati aku, dan aku juga tak berniat untuk kamu melupakan aku.. Memori antara kita berdua terlalu banyak.. Jasamu kepada ku tak kan pernah aku lupakan.. Mungkin kamu tak faham maksud sebenar yang ingin aku sampaikan, kerana aku jugak terlalu berkias.. Ini semata-mata ingin menjaga perasaanmu sahabat.. Aku tak mahu dengan kata-kataku yang menyakitkan hatimu, menyebabkan kamu bertambah benci kepada diriku.. Andai itu terjadi, aku benar-benar memohon kemaafan kepadamu..

Aku tahu, ada yang lebih sempurna untuk dirimu di masa hadapan.. Kita hanya mampu berdoa sahabat.. Aku tak mahu, kerana kelalaian kita menyebabkan kita alpa dan melupakan Allah yang telah memberi kita perasaan.. Sahabat, aku pernah lalui kisah duka ini.. Dan aku tahu betapa sakitnya jika kita terjatuh dipertengahan.. Memang sakit.. Ketika itu, siapa yang dapat menolong kita??? Adakah manusia jugak yang dapat menolong kita?? Tidak bukan?? Siapa lagi kalau bukan Allah.. Hanya Dia yang dapat menolong kita ketika kita terjatuh sahabat.. Jadi, sebelum aku memberi kamu ruang untuk terjatuh, lebih baik aku tutup serapat-rapatnya agar kamu tak akan pernah terjatuh..

Sahabat, andai aku jarang membalas pesanan kamu, itu tidak bermakna aku mahu kamu menjauhkan diri padaku.. Aku hanya tak mahu menjadi fitnah dunia kepada kamu.. Kerana kamu sendiri tahu, sebesar-besar fitnah adalah wanita.. Aku tak mahu mengheret kamu untuk melakukan kemungkaran.. Disebabkan aku sayangkan kamu sebagai sahabat aku lah, aku tidak menghiraukan kamu.. Jika aku masih melayan kamu, ini bermakna aku umpama mengajak kamu bersama-sama melakukan kemungkaran..

Aku masih lagi bertatih mencari nur wahai sahabatku.. Aku hanya minta satu pertolongan daripada kamu, jangan membawa aku kembali kepada luka yang lama.. Kerana aku masih belum kuat untuk melawannya.. Aku akui, kadang-kadang aku masih lagi tersungkur.. Tapi tak bermakna aku telah melupakan prinsip yang aku sendiri telah bina. Aku tahu kamu memahami diriku...

Janganlah kamu khuatir wahai sahabatku.. Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah.. Sekiranya kita rapat seperti belangkas sekalipun, tetapi jika Allah tak mengizinkan, tetap kita tak akan bersama.. Sekiranya kita jauh seperti utara dan selatan sekalipun, tetapi jika Allah mengizinkan, kita tetap akan bersama. Itu saja yang dapat aku ungkapkan.. Aku tak memberi harapan, tapi aku menyatakan kenyataan.. Kerana kamu sendiri tahu, bahawa aku begitu takut menerima harapan..

Aku fikir, lebih baik kita fokus pada yang utama dulu.. Kamu bakal menjejakkan kaki di negeri anbiya' bukan? Jadi, aku berharap, tuntutlah ilmu sedalam mungkin.. Disamping kita berdoa semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita.. Biznillah, aminnn.. :)

Sebagai halwa telinga ::


Allahumma aminnn.. :)

No comments:

Post a Comment

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...