Wednesday, 31 August 2016

DIKAU DI SANA

Duhai hati yg dipenuhi dengan dosa..
Sedarlah akan titik hitam yg telah menodai hatimu..
Meski kau berperang menentanginya..
Tapi ia bagai hadir seolah di pinta..

Duhai hati.. Bertabahlah dengan segala mehnah yg menimpa..

Engkau.. Ya.. Sudah sekian lama ingin ku coretkan disini.. Bacalah dengan mata hati.. Kerana diriku dan dirimu juga mempunyai nafsu.. Nafsu yg akan merosakkan kita.. Ya, diri kita..

Tiada apa yg aku pinta.. Cuma kata 'terima kasih' yg mampu aku ungkapkan, kerana kau telah pun berjaya memberi aku secebis ilmu yg tidak ku punya.. Dan telah mencurahkan sejuta harapan kepadaku.. Jujurku katakan padamu, aku menunggu dirimu sehingga tiba masanya.. Akan ku tunggu kau di pintu gerbang hatiku.. Akan ku bukakan seluas²nya.. Tanda ku benar² menerima dirimu hadir dalam hidupku..

Sekarang.. Sekarang ini kita masih belum siapa².. Akanku jaga diriku, begitu juga dirimu.. Sejujurnya, aku merindui dirimu yg dahulu.. Yg tidak terlalu memanjakan diriku.. Yg tidak cuba untuk memuaskan diriku semata² demi menjaga perasaanku.. Ya Allah.. Aku naif.. Kau, dulu dan kini tiada apa yg berubah.. Aku yg bersalah, kerana telah menjerat hatimu ke kancah fitnah..

Aku sedar.. Betapa susah untuk berkorban.. Korbankan hati, korbankan nafsu, korbankan segalanya.. Tapi aku yakin, pengorbanan ini akan dihadiri dengan sejuta kemanisan.. Aku yakin dan aku tunggu itu..

Dikau yg teristimewa.. Sungguh, tiada yg lain yg mampu bertakhta di hatiku, kecuali dirimu setelah yg utama di dicintai.. Terima kasih kerana kau mampu menjadi pelengkap buat diriku..

Ajarilah aku erti tawakal.. Ajarilah aku erti redha.. Ajarilah aku erti pengorbanan.. Semoga kau dan aku kuat dan terus kuat demi menggapai redhaNya..

Tulus dari insan yg benar² mencintaimu..
Anamahfuzah

No comments:

Post a Comment

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...