Monday, 18 February 2013

perjalanan Muhammad dari mekah ke sidratul muntaha


rata-rata kita di dunia ni tahu kisah tentang israk mikraj kan.. dalam perjalanan nabi dari mekah ke sidratul muntaha, pelbagai perkara yang terjadi atas kekasih kita nabi muhammad s.a.w.. peristiwa israk mikraj adalah kerana Allah ingin memuliakan baginda yang menerima pelbagai tohmanan dan cacian oleh umatnya sendiri.. dengan terjadinya peristiwa israk mikraj ini, masjid al-aqsa dan baitulmaqdis menjadi semakin mulia.. bahkan turun ayat al-quran berhubung masjid al-aqsa ini dalam surah al-isra' ayat 1 yang bermaksud,
"Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari masjid al-haram (di Mekah) ke masjid al-aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.. sesungguhnya allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

bagaimana kisahnya?? kisahnya bermula ketika Rasulullah tidur di kaabah lalu jibril datang kepadanya.. seperti yang diketahui, jibril telah membawa Rasulullah dengan sebuah kenderaan iaitu "buraq",  kenderaan yang datang dari syurga.. Muhammad di bawa dari masjid al-haram ke masjid al-aqsa.. apa yang terjadi setelah Rasulullah tiba di masjid al-aqsa?? telah berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa.. Allah telah menghidupkan para rasul dan para nabi untuk bertemu dengan Muhammad di masjid al-aqsa.. ulama ada menyebut bilangan rasul seramai 315 orang dan bilangan para nabi seramai 24,000 orang.. dapat kita bayangkan? Allah mengumpulkan bilangan sebanyak itu untuk bertemu dengan Muhammad s.a.w.. Muhammad mengimamkan sembahyang para nabi dan rasul.. inilah kemuliaan Muhammad.. sembahyang dan persidangan yang tidak akan berlaku buat kali kedua..

setelah itu jibril datang membawa sebekas susu dan sebekas arak, lalu Muhammad memilih susu.. setelah itu jibril berkata, "kamu terpimpin kerana memilih susu.. begitu juga dengan umatmu".. ini jelas menunjukkan bahawa arak itu tidak baik dan setelah itu baru diharamkan..

kemudian, Muhammad dimikrajkan iaitu diangkat ke langit.. apabila dibuka langit pertama kepada Muhammad, baginda melihat pelbagai perkara yang ajaib. antaranya Muhammad melihat seorang lelaki yang tingginya 60 kaki. apabila lelaki ini berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila berpaling ke kiri dia menangis.. 

"siapa ini?" muhammad bertanya kepada jibril.

jibril menjawab, "itulah adam. apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga maka dia tersenyum. apabila dia memandang ke kiri, dia melihat umatnya yang masuk ke neraka, maka menangislah dia."

kemudian, Muhammad melihat ada orang berenang dalam lautan darah. apabila sampai di tepi, mereka mengangakan mulut lalu para malaikat melontarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka.

muhammad bertanya, "siapa mereka ini?"

jibril berkata, "inilah orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim. mereka diseksa disini dahulu sebelum di seksa di akhirat."

kemudian Muhammad melihat orang lelaki yang besar perutnya. mereka semua terlentang dan kaum firaun lalu di situ sambil memijak perut-perut mereka. kaum firaun ini dibawa melihat neraka dua kai sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. dalam perjalanan tersebut, mereka memijak perut-perut orang yang terlentang tadi.

"siapakah mereka?" muhammad bertanya..

jibril berkata, "mereka adalah orang yang makan riba. mereka di azab di alam barzakh sebelum di azab di neraka.

Muhammad melalui sekumpulan lelaki yang mempunyai dua jenis makanan. satu yang lazat dan bersih. satu lagi yang buruk dan busuk. tapi mereka memilih makanan yang buruk dan busuk untuk di makan.

Muhammad bertanya pula, "siapa mereka wahai jibril?"

jibril berkata, "mereka inilah orang-orang yang berzina. mereka ada yang halal tapi mereka tetap mencari yang haram walaupun mereka tahu akibatnya.


  • kemudian di langit kedua, Muhammad bertemu dengan isa dan yahya. langit ketiga bertemu dengan yusuf. langit kelima, bertemu dengan harun. di langit yang keenam Muhammad bertemu dengan Musa.

kemudian di langit yang ketujuh, Muhammad bertemu dengan baitul makmur iaitu kaabah bagi penduduk langit, tempat para malaikat tawaf dan beribadah. kedudukan baitul makmur bertepatan dengan kaabah di bumi. di situ Muhammad melihat seorang lelaki bersandar di baitul makmur. rupanya seakan-akan baginda.

muhammad bertanya, "siapakah ini?"

jibril menjawab, "itulah bapa kamu, Ibrahim"

pada setiap langit nabi disambut dan diraikan oleh para nabi dan para malaikat. apabila di langit ketujuh, jibril telah bertukar kepada rupa asalnya. itulah rupa yang pernah Muhammad lihat buat kali pertama semasa Muhammad berada di Gua Hira'. ini kali kedua jibril menunjukkan mukanya yang sebenar.

dalam surah al-najm ayat 13 dan 14, Allah menyatakan yang bermaksud, "dan sesungguhnya! Muhammad melihat malaikat jibril, dalam bentuk rupanya yang asal sekali lagi, di sisi Sidratul Muntaha."

akhirnya, Muhammad sampai di satu tempat yang tidak pernah seorang manusia pun sampai di situ walaupun dia seorang rasul dan nabi. kemudian, baginda sampai di suatu kawasan yang yang tidak pernah para malaikat sampai melainkan Jibril.

kemudian baginda sampai di suatu tempat dan Jibril meminta Muhammad ke depan.

Jibril berkata, :kalau aku ke depan selangkah aku akan terbakar."

akhirnya baginda sampai di sidratul muntaha.. di sinilah Allah memerintahkan sembahyang kepada Muhammad dan umatnya. ini jelas membuktikan sembahyang adalah perkara yang amat penting di sisi Allah kerana perintah sembahyang diterima sendiri oleh Muhammad terus dari Allah.. yang lainnya, Muhammad terima dari malaikat jibril.

selepas pertemuan itu, muhammad turun bertemu dengan Musa. 

Musa bertanya, "apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu?"

Muhammad menjawab, "Allah memerintahkan 50 fardhu sembahyang sehaari semalam."
Musa berkata, "suku israel diperintahkan kurang daripada itu tetapi mereka tidak dapat laksanakan. mintalah Allah ringankan lagi."

lalu Muhammad bertemu dengan Allah untuk dikurangkan lagi bilangannya, sehinggalah kepada 5 waktu sehari semalam. walaupun hanya 5 kali perlaksanaan tetapi Allah tetap meberi pahala menyamai 50 kali.

kemudian Muhammad turun ke baitulmaqdis semula. dari baitulmaqdis, Muhammad pulang ke mekah. dalam perjalanan, Muhammad menyaksikan pelbagai pemandangan. antaranya, Muhammad melalui suatu rombongan yang menunggang unta. apabila unta terlihat buraq, unta tersebut menjadi takut dan lari. tuannya mengejar tetapi tidak dapat. Muhammad memberitahu mereka di mana unta tersebut bersembunyi. mereka terkejut dan merasa pelik mendengar suara dari langit memberitahu di mana unta mereka. dan akhirnya memang benar, mereka menemui unta tersebut di kawasan yang dikatakan.

pada malam itu juga Muhammad sampai di Mekah. seperti kita tahu, perjalanan tersebut hanyalah memakan masa separuh malam, sedangkan jaraknya terlalulah jauh. sebelum pagi Muhammad sampai semula di Mekah. setelah menunaikan fardhu subuh, Muhammad mengingati semula peristiwa yang terjadi pada dirinya.

inilah sedikit sebanyak kisah israk mikraj yang dapat saya kongsikan.. bertemu di lain hari. ^_^

3 comments:

  1. thanks atas perkongsian nie.. ^_^

    ReplyDelete
  2. :) ye, sama-sama kembali.. InsyaAllah, sama2 kita berkongsi ilmu.. yag baik itu dtg dripada Allah.. salam ukhuwah.. =)

    ReplyDelete
  3. lailahailallah.. kamu ke atin sayang.. qilah tak perasan.. ngee.. n_n

    ReplyDelete

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...