Saturday, 6 April 2013

cerpen: mana hilangnya maruah wanita??

Assalamualaikum.. Entry kali ini saya nak kongsikan tentang harga diri wanita yang makin pupus dimamah dek zaman.. Sering kita lihat di media massa, keratan-keratan akhbar atau di laman sosial tentang kes pembuangan bayi, budak bawah umur menjalinkan hubungan seks dan sebagainya. Mengapa ini semua terjadi? Apakah kerana kurangnya didikan agama, atau kurangnya kasih-sayang dari ibu bapa, atau juga pengaruh dari rakan-rakan. Tepuk dada tanya iman. Bila difikirkan semula, semua ini tak akan terjadi jika tak ada magnet yang menarik antara satu sama lain. Kebiasaannya, perkara ini terjadi apabila pasangan tersebut suka sama suka.

Tidakkah kaum wanita tahu tentang perhiasan yang perlu ada pada wanita? Apakah perhiasan itu? ya! Malu. Malu adalah perhiasan yang paling berharga dalam diri wanita khususnya, dan juga kepada segenap masyarakat yang hidup di bumi Allah ini. Seperti sabda Rasulullah S.A.W, katanya: terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan keatas mereka sifat malu. (Hadis Riwayat Baihaqi). Lalu, jika sifat malu itu makin pudar dari diri setiap wanita, apa yang akan terjadi? Pembaca boleh ikuti satu kisah yang penuh dengan pengajaran ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surat...
boy: Assalamualaikum pembuka bicara. Awak, sebenarnya saya dah lama terpikat pada awak. Saya suka lihat awak berpakaian, cara awak bergaul, senyuman awak, suara awak mengaji. Pendek kata semuanyalah. Saya suka semua yang awak miliki. Kalau diizinkan, boleh tak kalau saya menjadi sahabat yang istimewa pada awak. Saya janji, saya tak akan buat perkara yang tak senonoh, tak akan malukan awak, tak akan buat perkara yang dilarang dalam syara'. Apa yang saya mahu hanya bersahabat dengan awak. itu je. Awak sudikan? Kalau awak sudi, awak balas surat saya ni ya. Saya tunggu awak. Uhibbuki fillah.

girl: Waalaikumussalam. Terharu saya ketika baca surat awak ni. Malu pula saya, rupa-rupanya saya sedang diperhatikan tanpa saya sedari. =) Sebenarnya, saya tak kisah pun kalau awak nak kawan dengan saya. Ye la, sekadar bersahabat, apa salahnya kan. Lagi pun, awak dah janji tak akan buat hal, saya ok je. Janji, awak pegang pada janji awak ya.

boy: Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan doa saya. Awak mahu juga balas surat saya dan nak berkawan dengan saya. Saya bersyukur sangat-sangat dapat berkawan dengan insan yang mulia seperti awak. Terima kasih ya. Saya akan cuba menjaga batas pergaulan supaya kita tak tersasar jauh. Awak tolong ajarkan saya untuk menjadi seorang lelaki yang soleh ya. Emm, awak.. Saya rasa susah la kalau nak berhubung melalui surat. Lambat nak sampai. Kalau awak tak keberatan, boleh tak saya nakkan no tel awak. Kalau saya ada sebarang pertanyaan, boleh saya langsung mesej awak. Tak perlu nak tulis-tulis surat lagi. Lagi cepat soalan sampai, lagi cepat info yang saya dapat. Betul tak? Ni saya sertakan no tel saya. Kalau awak sudi, awak mesej la saya ya. Tapi kalau awak keberatan tak apa, saya fhm. 013-1234567.

girl: Awak berdoa untuk bersahabat dengan saya? Wahh, terharunya. Mudah-mudahan, persahabatan kita ini kekal ya. Emm, awak mahukan no tel saya. (berfikir agak panjang)... Emm, baiklah, tapi awak jangan kerap mesej sangat tau. Takut nanti kita terleka. Ni no tel saya. 013-7654321. Awaklah start dulu mesej saya. Saya malulah nak start dulu. >_<

Mesej.....
boy: Assalamualaikum awak, awak buat ape tu? Awak sihat? Awak dah solat ke belum? Kalau belum cepat-cepatlah pergi solat ya. Tak baik lewat-lewatkan solat.

girl: Waalaikumussalam awak. Saya tak buat ape pun, rehat-rehat je dalam bilik ni. Alhamdulillah, saya sihat je. Awak sihat? Saya dah solat la awak. Masuk waktu tadi, terus saya solat. Awak dah solat? Mesti la sudah kan sebab awak suruh saya solatkan.. Hehe..

boy: Alhamdulillah kalau awak dah solat. Lega saya dengar. Ni yang buat membuak-buak perasaan sayang saya pada awak. Awaklah wanita yang saya cari-cari selama ini. Eh, saya uzur tak boleh solat.. Hehe, tak de la awak. Alhamdulillah, saya dah solat tadi. Azan je terus saya solat. Awak, saya nak tanya sikit, apa hukumnya kalau seseorang tu meninggalkan solat dengan sengaja?

(tektik nak mula mesej, sedangkan kalau tak tanya pun diri sendiri dah tau jawapannya.)

girl: Ohhh, awak main-main dengan saya ye.. Hehehe. Nasib baik awak melawak. Kalau tidak, saya tak nak kawan dengan awak.. Hihi.. Erm, hukum bagi sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah haram kerana solat fardhu kan solat yang diperintahkan oleh Allah kepada orang islam. =)

boy: Hehe, jangan la marah. Nanti saya sedih sebab awak tak nak kawan dengan saya dah.. Huhu. Ohh, haram ya hukumnya. Pandai la awak. Besar nanti awak mesti nak jadi ustazah kan? Saya tetap doakan awak berjaya di dunia dan di akhirat, amin.

girl: Terima kasih awak. Doakanlah saya ya. ;-)

boy: Ye awak, saya sentiasa doakan orang yang saya sayang. Eh awak. Nanti ada masa kita mesej lagi ya. Dah nak masuk waktu solat, saya nak siap-siap ke masjid. Take care awak. Awak jaga solat tau. Assalamualaikum.

girl: Baiklah awak, saya pun nak siap-siap solat juga ni. Awak pun sama. Take care ye. Hati-hati jalan ke masjid tu. Waalaikumussalam.

(yg si girl ni pun nak tunjukkan keprihatinannya kepada boy tu, sehinggakan pesan take care berulang-ulang kali. :-p)

Dipendekkan cerita, kisah persahabatan antara boy dan girl tu dah hampir 6 bulan.

boy: Awak, dah hampir 6 bulan kita bersahabat. Kalau saya tanya awak satu soalan awak jangan marah ya.

girl: Tanyalah. InsyaAllah saya tak akan marah.

boy: Sebenarnya, saya dah mula mencintai awak. Sejujurnya saya mahu awak menjadi kekasih saya yang sah. Maaf kalau awak tak selesa. Saya hanya meluahkan perasaan saya je.

girl: Sebenarnya, soalan inilah yang saya tunggu-tunggukan selama ini. Akhirnya terluah juga. Secara ikhlasnya, saya pun mencintai awak kerana Allah.

(menyalahgunakan perkataan "cinta kerana Allah")

boy: Alhamdulillah, rupa-rupanya saya tak bertepuk sebelah tangan. Saya tak akan lakukan sepertimana pasangan kekasih yang lain lakukan kerana saya teramat mencintai awak.

girl: Ya, saya kenal hati budi awak. Saya tahu awak tak akan buat perkara yang boleh merosakkan diri sndiri. Sebab tu saya berani mencintai insan seperti awak.
............
 boy: Awak, hampir setahun kita couple, kita hanya guna panggilan saya awak je. Tak boring ke? Boleh tak kalau saya panggil awak sayang, awak panggil saya bi. Barulah nampak mesra sikit.  Sekadar panggilan je, bolehkan?

girl: Errrmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm... Baiklah.. Ye la kan.. Sekadar panggilan je.. Baiklah bi.. Sayang terima.

boy: Akhirnya, terkeluar juga dari mulut sayang. Dah lama bi nanti-nantikan saat ini.. Terima kasih sayang. Eh, sayang, jom solat. Sayang doakan bi juga ya dalam solat sayang. Mudah-mudahan hubungan kita ini kekal bahagia selamanya. Amin. 

girl: Baiklah bi. Jom kita solat. Nanti, bi pula yang akan jadi imam sayang. Sayang tunggu saat itu ye bi. Sayang sentiasa doakan supaya hubungan kita ini kekal bi. 
............... 
boy: Sayang, nak tak kita jumpa? Sepanjang kita kenal ni, tak pernah lagi kita jumpa berdepan kan. Selalu, bi tengok sayang melalui jarak jauh je. Jangan risau. Sayang bawalah kawan-kawan sayang teman sayang nanti. Bi rindu sangat dekat sayang tau.  

girl: Nak jumpa? Janji jangan lama-lama ya. Baiklah, sayang akan bawa teman. Kalau sayang sorang, sayang tak akan pergi. Malulah jumpa bi sorang-sorang. 

boy: Baiklah sayang. Bi bangga kerana ada kekasih macam sayang. Pandai jaga malu sayang. Tak sabarnya bi nak memiliki sayang.
...............
boy: Sayang, kenapa bawa ramai sangat tadi. Sayang ni macam tak percayakn bi je. Huhu~ :-(

girl: Ala bi, jangan sedih. Bukan tak percaya. Mereka nak ikut, sayang terpaksa la bawa. Sayang sentiasa percayakan bi.. Bi jangan risau ye. 

boy: Baiklah, demi kekasih bi ni, bi mengalah. Hehe. Sayang, bi nak tanya sikit, sayang jangan marah ya. Sayang boleh solat tak? Sayang jangan fikir bukan-bukan. Bi cuma nak tahu je. Ala, lagipun nanti kita akan bersama juga. Nanti, bi akan tahu juga kan. Boleh la sayang. Please, bi sorang je yang tahu. Bi janji tak akan bagi tahu orang lain. Sayang bagi tahu tarikh selalu bi datang bulan.

Dan si girl pun menceritakan segalanya pada si boy.Bermulalah detik zina yang sebenar. 
............
boy: Sayang, sayang tak salah cakap ke ni? Betul ke sayang mengandung. Sayang cuba check lagi sekali. Mungkin ada kesilapan ke?

girl: Betul bi. Sayang dah hamil dua bulan. Dah dua bulan sayang tak datang bulan. Bi, macam mana ni? Sayang takut la. Macam mana kalau family sayang tahu. Sayang nak cakap apa? 

Boy: Emm, macam ni lah sayang. Apa kata kalau sayang gugurkan je kandungan tu. Lagi pun baru dua bulan. Tak nampak lagi perut tu. Bi ada kenal seorang bidan ni. Dia pandai buat benda-benda macam ni. 

girl: Tak! Tak akan bi. Sayang tak akan gugurkan kandungan ni. Ni bukti cinta kita bi. Sayang akan jaga dia. Bi dah janji nak kahwin dengan sayang kan. Ini lah masa yang sesuai bi, sebelum terlambat. 

boy: Hei pompuan, kau ingat aku nak sangat ke kat kau hah? Kau tak sedar selama ni aku gunakan kau je. Pergi mampos lah kau. Jangan cari aku lagi. Aku pun dah tak ingin pompuan macam kau dah. Kau sedarlah sikit, kau tu sapa. Ingat! Jangan cari aku lagi dah!  

Si girl tersentak!!! 

Akhirnya, bayi tersebut dibuang di dalam tong sampah.... Melalui kisah ini, siapa yang perlu dipersalahkan??? Sama-sama kita mengislahkan diri kita. Hilangnya harga diri seseorang wanita itu dengan hilangnya malu wanita itu. Maka, jagalah perhiasan diri kita ini dengan sebaiknya. Serahkan pada yang halal. 

*pengajaran : Jangan mudah terpedaya dengan mudah pada seseorang yang kita belum kenal latar belakangnya.  

No comments:

Post a Comment

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...