Monday, 15 April 2013

< keajaiban berdoa >



 Apa itu doa? Doa yang dapat saya gambarkan disini adalah memohon sesuatu hajat kepada Allah dengan rasa rendah diri dah khusyuk sambil yakin bahawa doa kita pasti akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Apa yang dapat kita rasakan setelah berdoa? Sejujurnya saya cakap, apabila seseorang itu berdoa dalam keadaan tawadhu' dan betul-betul mengharap kepada Allah, setelah itu dia pasti akan mendapat ketenangan yang luar biasa. Saya rasa tertarik dengan kata-kata ustazah Fatimah Syarha dalam bukunya yang berjudul "Cinta High Class dan Cintaku Kerana AgamaMu".. Lebih kurang macam ni la kata-kata beliau,

"Allah itu adalah apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita fikir Allah makbulkan doa kita dan yakin bahawa Allah akan makbulkan doa kita, pasti Allah tak akan sia-siakan kita. Tetapi jika kita ragu-ragu dengan Allah, kita ragu-ragu samada doa kita dimakbulkan oleh Allah atau tak, kemungkinan apa yang kita dapat kurang dari apa yang kita hajati." Wallahu'alam. Tapi, saya rasa ada benar juga kerana saya dapat rasakan betapa ajaibnya doa. Kita pernah dengan kan tentang satu pepatah ini, "doa itu adalah senjata bagi orang mukmin".

Jadi mengapa kita perlu rasa su'udhon  dengan Allah.. Mengapa saya katakan di sini tentang ajaibnya doa? Saya ada satu kisah yang ingin saya kongsikan dengan pembaca semua. Kisah ini merupakan kisah betul dari facebook.

Ceritanya lebih kurang begini.,:-

Terdapat seorang pelajar ini, dia akan menduduki peperiksaan di tempat dia belajar. Tapi malangnya, pada hari peperiksaan itu, dia datang agak lewat dan setelah dia sampai di dalam dewan peperiksaan pengawas peperiksaan arahkan dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuk dia. Hampir separuh masa berlalu, tetapi kertas jawapannya masih kosong dan tidak ada tanda-tanda bahawa dia akan menghabiskannya. Pengawas peperiksaan yang menyedari bahawa pelajar itu tidak menulis apa-apa lagi di kertas jawapan segera memberi perhatian yang lebih kepadanya. Tiba-tiba, seperti ada satu keajaiban yang berlaku apabila pelajar itu dapat menulis semua jawapan pada separuh masa terakhir. Pengawas peperiksaan itu dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang aneh dan dia menjangka pelajar tersebut meniru dengan menggunakan tektik terbaru. Seusai peperiksaan, pelajar itu disoal oleh pengawas peperiksaan tersebut. Soalan pertama yang diajukan ialah mengapa dia datang lewat ke dewan peperiksaan. Lalu dia pun menceritakan tentang sebab kelewatannya dia.

"Semalam saya semalaman menjaga ibu saya yang sedang sakit. Saya tahu hari ni saya akan menduduki peperiksaan tapi apakan daya. Tak mungkin saya akan lakukan dua perkara dalam satu masa. Jadi saya ambil keputusan untuk menjaga ibu saya dan saya berdoa saya akan mendapat sesuatu pada hari ini."

Kemudian pengawas tersebut bertanya kembali tentang perkara yang terjadi pada separuh masa terakhir itu.

Pembaca ingin tahu apa yang ingin pelajar itu katakan???

Katanya, "ketika saya menjawab peperiksaan itu saya tak tahu apa yang harus saya tulis sebab saya langsung tak study. Kemudian saya berdoa pada Allah supaya berikan sesuatu pada saya hari ini, lalu tanpa disangka-sangka saya seolah-olah melihat ada buku di hadapan saya dan beritahu pada saya jawapan pada tiap-tiap soalan. Sebab itu saya lancar menulis ketika itu."

MasyaAllahhh.. Betapa pemurahnya Allah.. Dapat kita gambarkan betapa ajaibnya berdoa? Allah Allah Allah. Tak termasuk lagi dengan berbakti kepada orang tua. Semoga, kisah yang sedikit ini dapat memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa husnudhon dengan Allah. Ingat! Allah adalah apa yang kita fikirkan.

Salam ukhuwah dari saya.. :)

No comments:

Post a Comment

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...