![]() |
| usrati... <3 |
Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t
Telah selesai aku menamatkan satu sem di universiti pendidikan sultan idris (UPSI)..Pelbagai perkara yang aku pelajari, dan banyak pengalamanyang telah aku lalui sepanjang aku berada di sini.. MasyaAllah..Betapa singkatnya masa.. Gelak tawa kalian pasti aku ingat,dan aku pahat di hati ku untuk selamanya..
Kak Ummi a.k.a kak Norliah..
Beliau adalah insan yang telah memberi kepercayaanyang tinggi kepadaku dan sahabat yang lain sehingga akhirnya telahmemilih kami untuk menjadi rakan exco bagi sidang 2013/2014..Banyak perkara yang telah aku pelajari
sepanjang berada dibawah jagaan beliau..Sungguh, hatiku benar-benar terusik..Sayangku padanya kian
mendalam..Beliau seorang insan yang tabah, dan sukar menghamburkan kata-kata yangboleh melukakan hati kami.. Tidak pernah sama sekali..
Abah a.k.a senior Zainul Abidin..
Beliau seorang yang berperwatakan kelakarkekadang tu dan merupakan orang 'besar' di kolej KUO.. :-p diakui oleh beliau sendiri..Hehe.. Beliau seorang yang anti-couple.. Caranya mengingatkan aku perangai aku ketikadibangku sekolah.. Ketika mana aku di pulau akibat menjadi 'spy' cikgu.. Hehe..Tapi itu semua hanya tinggal kenangan.. Perkara tu xberlanjutan pun.. Ya, sikapnya yangcukup sakit mata melihat orang buat date sana sini.. Apabila melihat sahaja perkara itu terjadi,terus beliau 'sound direct' kepada insan-insan tersebut.. Beliau seorangyang alim jika nak dibandingkan dengan diriku yang jauh lagi mencari nur.. Allah..
Iskandar, merangkap ketua dalam RE LPS..
Beliau seorang yang berdedikasi walaupun
selalu membuli aku sebagai orang bawahannya.. Hehe.. Apa yang aku lihat,
dia memang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.. Aku salute
dengan orang macam ni.. :) "iskandar, hang toksah dok buli aku sangat.. Aku ni mujur
baik ja, sebab tu x balas balik" huhu
Faris, merangkap penolong SU dalam RE LPS..
Pada awalnya, aku sangka beliau seorang yang pendiam
dan tak bercakap dengan perempuan.. Hehe..Tapi bila dah lama kenal,
oww baru aku tahu.. Jenis kecoh jugak.. Tak la skema sangat..
(aku mungkin ya, tergolong dalam golongan orang yang skema, tapi
waktu aku di bangku persekolahan la) Hoho.. Aku bajet beliau ni
seorang yang pemalu kot.. Last-last sem ni baru beliau start cakap dengan
kami ni.. Awal-awal dulu susah nak bukak mulut.. Malu aku,
kalau nak dibandingkan dengan aku.. Haha.. Rasanya, aku lagi riuh
dari beliau.. Yang best, beliau nampak matang.. ^_^ (kekadang la)
Nur Husna, merangkap penolong dalam RE LPS..
Hee.. Beliau ni bila bercakap, nampak ketegasannya.. Beliau sama kos dengan
aku.. Tapi kami tak pernah sama kelas lagi.. Aku respect beliau, cara
beliau dan tingkah laku beliau nampak seperti seorang yang berkepimpinan..
Kekadang tu, naik segan aku bila duduk sekali dengan beliau..
Kerdil betul diri ni.. MasyaAllah..
Ana althafunnisa, ehhh.. Ana siti Sarpina merangkap bendahari RE LPS..
Hehe.. Hmm, kalau digelar ana althafunnisa pun apa salahnya kan.. Hihi.. Perghh,
budak niii?? Jangan cakap la.. Ilmu kepimpinan memang sejak azali terserlah
dalam dirinya sejak awal-awal aku kenal lagi.. Aku dengar banyak
tentang dirinya yang menjadikan aku nak sangat belajar dengan beliau..
Yang aku kenal, beliau seorang yang penyayang, itu sudah pasti..
Tegas?? Of course.. Kalau putih katanya, memang tak akan jadi hitam..
Tak mudah ubah pendirian.. Walau kekadang bila time 12 malam ke atas
beliau jadi kanak-kanak ribena.. (aku dengan husna je matured.. hihi..
perasan...!!) Tapi, overall, beliau memang awesome..
Mereka ini adalah keluarga aku.. Ya, walaupun baru satu sem aku bersama
mereka, tapi insyaAllah.. Jika persahabatan yang diikat dengan landasan
keimanan dan ketaqwaan, pasti akan diredhoi oleh Allah..
Semoga ukhuwah kami sentiasa tertaut walaupun mereka telah meninggalkan
kami di bumi UPSI kelak..
*sebenarnya, x da apa pun.. Saja nak buat 'coretan' tentang mereka..
Bila duduk kat rumah ni, rasa rindu pulak suasana dekat
kolej.. :) Jangan marah ye, abah, kak ummi,
iskandar, faris, ana, husna.. Ini hanya untuk hiburan.. :) Jangan risau..
Tak ramai tahu blog saya ni.. Huhu..





*jangan marah ye.. curi gambaq satu nak bubuh dalam ni.. huhu

No comments:
Post a Comment