Semua tahu bukan apa itu nyamuk dan apa itu harimau.. Ya, sudah tentu semua tahu.. Bila ditanya, haiwan manakah yang lebih kita geruni, pastinya kita akan menjawab 'harimau'.. Kenapa ya? Ohh, harimau adalah seekor binatang yang besar dan buas.. Jika kita mendekatinya, silap haribulan kita yang akan dibahamnya.. Tapi kenapa kita tak takut pada nyamuk? Ohh, nyamuk adalah sejenis serangga yang kecil.. Ya, serangga yang bebas berterbangan dan mudah untuk kita membunuhnya sekiranya kita menggunakan alat pembunuh serangga atau dengan bahasa mudah 'ridsect'.. Tapi, kalau nyamuk tu berterbangan di udara dengan lincahnya, agak sukar untuk kita membunuhnya kan? Setuju dengan pendapat saya?
Ok, cuba kita bayangkan.. Ketika kita sedang ralik menonton tv mungkin, tiba-tiba kita terdengar satu suara yang amat ganjil di dalam rumah kita.. Suara itu persis seperti suara 'pak belang' aka 'harimau'.. Apa tindakan kita seterusnya? Adakah kita akan abaikannya, atau lari bertempiaran? Ya, sudah tentu kita akan lari bertempiaran, kan? Jamin 1000%.. Kenapa kita lari? Sebab kita takut dibahamnya kan..
Sekarang kita bayangkan pula ketika kita sedang ralik menonton tv, tiba-tiba kita ada dengar suara halus di udara seperti suara 'pak belang' jugak tetapi pak belang ni kecil banyak dari pak belang yang first tadi aka nyamuk.. Agak-agak la kan, apa yang akan kita lakukan? Lari? Ohh, tidak. Sama sekali tidak.. Mustahil hanya seekor nyamuk kita lari bertempiaran keluar rumah.. Apa jalan penyelesaian? Ya, ambil ridsect dan bunuh nyamuk tersebut atau abaikannya mungkin.. Kenapa kita mengabaikannya? Adakah nyamuk bukan pembunuh? Jom, kita rungkaikan satu persatu persoalan ini.
Apa bezanya? Dua-dua pak belang.. Dan seperti kita tahu, dua-dua pembunuh.. Tapi, cuba kita bayangkan antara nyamuk dan harimau, yang manakah merupakan pembunuh yang terbesar.. Adakah harimau? Adakah nyamuk? Ya, jawapannya adalah nyamuk.. Tapi kenapa kita lebih takut kepada harimau? Adakah kerana badannya yang besar dan buas menyebabkan harimau lebih digeruni daripada nyamuk? Tetapi, bila diimbas kembali berita-berita yang keluar dikaca tv ataupun di surat khabar, sering menjadi perbualan adalah manusia MATI gara-gara gigitan nyamuk.. Pernah kita terdengar "manusia mati akibat dibaham harimau?" Ya! Mungkin ada, tapi amat jarang didengar berbanding kes kematian oleh nyamuk..
Sampai hari ini saja berapa ramai manusia mati akibat demam denggi? Berapa ramai manusia mati akibat malaria, dan sebagainya. Dan yang pasti semua ini datang dari mana kalau tidak dari nyamuk kan? Jadi, mana yang lebih bahaya? Harimau atau nyamuk?
Jelas dengan cerita pak belang? Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah berkaitan dengan masalah yang tak sudah-sudah.. Apa ya? (satu markah bagi sesapa yang dapat jawab dengan tepat)
Ya!! Congrat! Satu markah untuk anda.. Bijak-bijak anda semua ya.. jawapannya adalah ZINA !!!
Nah! Apa kaitan pulak zina dengan nyamuk dan harimau ni? Ya, jom kita tengok satu-satu..
Sebelum tu, apa yang kita faham ya tentang zina? Definisi zina dalam kamus dewan edisi keempat adalah "persetubuhan yang tidak sah atau haram (bukan antara suami dan isteri)".. Kalau secara rambangnya, zina ni adalah satu perbuatan yang keji dan hina.. Betul? Jadi, jelas disini zina adalah satu perbuatan yang terkutuk dan berdosa besar.. Bila sentuh saja tentang zina, semua orang takut.. Semua orang bayang yang bukan-bukan.. Macam tu jugak dengan harimau tadi.. Bila dengar ja ada suara harimau, semua orang takut, lari ceranak habis..
Pernah kita fikir zina adalah perkara yang remeh? Perkara yang sudah menjadi kebiasaan pada masa kini? Tak bukan? Walaupun zaman dah maju, tapi bila kita dengar ja ada zina di satu-satu tempat, pasti kita akan take serious dengan benda ni.. Kan? Terus, apa kaitan dengan nyamuk??? fikir fikir fikir
Betapa sayangnya Allah pada kita, Dia telah menurunkan satu ayat dalam surah al-isra ayat 32 yang berbunyi:
و لا ثقربوا الزنى
(janganlah kamu dekati zina)
Kenapa Allah menegaskan disini tentang jangan dekati zina? Kenapa wahyu Allah ini tak tertulis 'jangan melakukan zina?'
Mungkin sukar untuk kita mendekati zina besar, tapi bagaimana pulak dengan zina kecil? Apa itu zina kecil? Kita tahu, zina kecil tu seperti zina mata, zina tangan, zina hati dan sebagainya.. Apa bezanya.. Kalau dilihat sekali pandang sama ja, dua-dua zina.. Macam tu jugak dengan nyamuk dan harimau tadi.. Dua-dua nama sama, pak belang.. Tapi hakikatnya berbeza kan? Zina yang sebenar-benar zina adalah apabila lelaki dan perempuan yang bukan mahram melakukan persutubuhan, manakala zina kecil pula adalah satu keadaan yang menjerumus ke arah zina yang lebih besar.. Bahaya? Mana yang lebih bahaya? Zina yang sebenar-benar zina atau zina kecil? Hakikatnya dua-dua bahaya..
Kita sering terleka dengan perkara ni.. Selalu kita anggap ini adalah perkara yang remeh.. Macam nyamuk tadi.. Kita fikir "alah, nyamuk ja pun.. Bukannya apa sangat" Macam tu jugak dengan zina kecil ni.. Kita anggap ringan-ringan ja.. "alah, mesej ja pun, bukannya ada apa pun.." Kalau jumpak pulak "walaupun jumpak tapi tak pegang-pegang, tak pa laa.. Tak jadi masalah pun"... Itu yang sering kita fikir, kan? Tapi, tak fikirkah kita impak disebalik apa yang dah kita lakukan? Ingat!! Dengan perkara macam ni lah boleh terjadinya perkara diluar jangkaan kita..
Kita dibenarkan ikhtilad.. Tak salah jika kita nak bergaul dengan ajnabi.. Dan itu jugak harus dalam islam.. Tapi bagaimana kita nak menjaga adab kita itulah yang menjadi persoalannya.. Apakah kita kira bertepuk bertampar dengan ajnabi adalah satu perbuatan yang tak salah disisi islam? Islam tidak mengongkong, islam itu mudah tapi jangan pula kita lagi memudahkannya.. Bersederhanalah.. (tepuk dada tanya iman)
Mari sama-sama kita muhasabah sebentar.. Istighfar, memohon ampun kepada Allah.. Moga Allah redha dengan kita.. Aminnn.. ~~


No comments:
Post a Comment