"Hannan, bila boleh datang kulim? Qilah dah tak sabar nak jumpa hannan ni. Rindu ni dah nak sampai tahap maksimum dah. Cepat-cepat la datang kulim ya."
Nabilah Hannan, seorang sahabat yang betul-betul aku sayang.. Bila diingatkan semula, ketika di tingkatan 4, aku dengan dia tak lah terlalu rapat.. Tak juga dikatakan sebagai belangkas atau isi dengan kuku.. Tapi,
sejak aku di tingkatan 5, akhir-akhir tingkatan 5.. Hubungan persahabatan antara aku dan dia makin akrab.Sehinggalah aku berada di tingkatan 6. Errrmmmm, ketika awal bulan tu dia terpaksa pergi ke PLKN. Manakala aku melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud Pokok Sena, ambil STAM. Sedih jugak la sebab tak dapat sambung ke tingkatan 6 sekali.
Pernah satu ketika tu, aku telefon dia untuk pujuk dia ke sekolah Maktab Mahmud jugak untuk ambil stam bersama aku, tapi apakan daya. Aku hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang dan dialah yang maha mengetahui.. Hannan tak bersama aku melanjutkan pengajian kami di tingkatan 6 kerana ibunya telah mendaftar namanya di sekolah menengah agama diniah islamiah di kupang. Aku terima dengan redho, dan aku yakin pasti ada hikmah yang telah Allah rencanakan buat kami.
Sehinggalah akhir pengajian kami bergelar pelajar sekolah, kami masih lagi berhubung, baik sms mahupun telefon. Pernah juga kami merancang untuk berjumpa, tapi ada saja halangan yang menimpa. Kami pasrah dengan ketentuannya. Sehinggalah aku terbaca satu ayat dalam blog kak zahra ,http://firaszahrafajar.blogspot.com.......... Setelah itu, baru aku sedar bahawa perpisahan kami ini bukan hanya perpisahan yang sahaja. Mungkin dengan perpisahan kami ini, ukhuwah antara kami akan lebih tertaut.
زُرْ غِبّاً تزدادُ حُبّاً"
'jarang-jaranglah bertemu, nescaya akan bertambah-tambah kasih sayang.
Setelah itu, baru aku sedar bahawa perpisahan kami ini bukan hanya
perpisahan yang sahaja. Mungkin dengan perpisahan kami ini, ukhuwah
antara kami akan lebih tertaut. InsyaAllah, jika persahabatan kami ini disulamkan dengan keimanan dan keikhlasan, pasti setiap masalah yang melanda, kami dapat hadapinya dengan tenang.
Apa-apapun, aku tetap menunggu ketibaan sahabat aku ini di samping aku.. Meneruskan panji-panji islam bersama. Berukhuwah dalam lindunganNya.
"Hannan, qilah tunggu hannan tau. cepat-cepat datang tau.. Qilah dah terlalu rindukan sahabat seperti hannan.. Ingat, kita bersahabat kerana Allah. Hannan, qilah hadiahkan sebuah lagu untuk hannan. Hannan dengar ya nanti.. Ni qilah cuma tulis liriknya je.."
Sahabat..
Ingatlah, kemesraan terjalin antara..
Sedarlah..
Kebahgiaan, kejayaan kita kecapi bersama..
Sahabat..
Sabarlah, dugaan yang melanda merencam jiwa..
Tabahlah..
Segalanya, itu hanya bukti kesetiaann kita..
Ketika kesunyian..
Engkau menemaniku dikala resah..
Ku pasrah..
Pada Allah, tanda kasihku yang sejati..
Hanya dirimu..
Selama ini menjadi teman sejati..
Kerana, ukhuwah yang terbina..oooo
Ikatan ini, ikatan suci..
Yang terjalin atas namanya..
Bersama hingga ke akhirnya..oooo
(sahabat- all one)
No comments:
Post a Comment