Wednesday, 20 March 2013

Kenangan Terperasan.. ^_*

Baru sudah menamatkan perbualan antara aku dengan seorang sahabat aku, Fathin Solehah.. Biasa la, dah lama xjumpa kan.. Nak cntect kerap pun masalah jugak, pakai Pelan X2, so kredit pun cepatlah tamat tempoh.. N bila tamat tempoh, malas pula nak t.up nya.. So, payah sikit la nak contect.. Ni, bila dah ada kredit baru la boleh contect.. Hehe.. Sambil dok sembang-sembang, bertukar-tukar khabar semua, kemudian dia ingatkan aku tentang kejadian yang terjadi pada aku, dia dan sorang lagi sahabat aku..
Kejadian yang boleh dikatakan kenangan perasan lah.. Hahaha.. Pasti semua tertanya-tanya, apa la yang kami terperasannya kan..

Ceritanya bermula begini.. Pada suatu hari, sang kancil dan sang arnab berjalan-jalan...... cewahhh.. Tak, begini ceritanya.. Akhir bulan 10 tahun lepas, tapi time tu aku tak ingat pulak dah habih stam atau belum.. yang pasti time tu aku still lagi duduk dekat rumah sewa.. Petang tu, aku dengan atin n chot merancang nak ke cyber cafe (cc).. Lebih kurang pukul 5 macam tu lah, kami bertolak dari rumah ke cc dengan menggunakan perkhidmatan kaki kami yang memang setia kepada kami.. hehe.. Hampir sejam kami dekat cc, kemudian kami pun balik.. Asalnya nak balik rumah terus lah.. Ya la. Nak kena siap-siap untuk solat maghrib pulak kan..

Sampai satu masa tu, aku memulakan perbualan antara aku dengan chot..

"wei chot. kedai burger ni la kan yang hang takut nak mai kan.. aku pun sama la.. nampak seram macam mana tak tau.. dah la penjual dia tu menakutkan je.. seremm"

"awat dengan kedai tu wei?" Atin bertanya..

"Tak, kedai ni nampak macam mana tak tau.. dah la macam usang.. penjual dia tu,, iee, muka dia tu takut sangatla.." chot menjelaskan..

kemudian, aku pun bersembang la dengan atin.. chot pula dok melayan henset dia tu tak sudah-sudah.. hehe.. dalam dok ralik bersembang, tiba-tiba atin cakap kat aku..

"Wei, hang perasan tak ada orang ikut kita kat belakang la."

aku pun toleh la belakang pelan.. Saahhhhh! memang sah! ada orang ikut kami pada belakang.. rupa-rupanya penjual burger tu.. Apa lagi.. ketaq lutiut habih ni.. tak tau nak buat apa dah.. Mula-mula aku buat tak tau ja.. Aku buat macam tak dak apa-apa.. Tapi, atin dengan chot lebih takut pada aku.. Aku mula tu macam nak rilex ja la.. jalan buat selamber ja.. Tengok depa dua lari,aku apa lagi.. Pecut sama la.. Sambil aku dok lari tu, aku toleh belakang.. Aku tengok dia dok senyum kat kami bertiga.. Macam syok ja buat kami takut.. Dah depa dua buat aku takut, so otak aku dah tak dapat nak pkiaq apa dah.. Aku lintas jalan macam tu ja.. Tak pkiaq dah ada qeta ka tak time tu.. Haha.. tinggai kawan-kawan aku kat belakang.. Tu la, buat aku takut sangat kan.. Hehehe.. Tapi, Alhamdulillah la.. Allah selamatkan sahabat2 aku tu.. Depa dua nyaris-nyaris ja kena langgar qeta sebab lintas jalan tak tengok kiri kanan.. nasib baik driver tu baik hati.. dia berhentikan kereta.. Kalau tak,, Qolu dah leeee..

Kami dok ingat, lepas kami lintas jalan tu kami selamat la.. Rupa-rupanya laki tu turut lintas jalan sama.. Huh, habih mati neuron-neuron dalam badan kami ni.. ya la.. takut! Kami apa lagi.. Pecut la.. Dalam dok pecut, boleh lagi dok bincang nak menyorok kat mana..

"wei, kita kena menyorok kat rumah orang lain.. Jangan masuk kawasan rumah kita lagi. bahaya!" Aku bagi cadangan..

"Ha tu la.. Kita kena menyorok kat rumah orang lain.." chot menyokong..

"Wei2, jom kita menyorok dekat rumah budak laki dulu.. (alahai, kesian dekat rumah budak putera.. rumah hampa yang jadi mangsa noh.. tak pa la.. pinjam sat ja.. kwang3)

kami bertiga pun apa lagi, serbu rumah budak laki la.. (tapi tak la sampai masuk dalam rumah.. kawasan rumah kampung, so tak da la pagar. kami dok kat halaman rumah tu ja.. Malu tolak tepi dah time tu.. Ingat keselamatan kami ja.. Untung saja budak laki tak duduk depan rumah pomen motor time tu.. tidak ka, haru kami dibuatnya.) Kami bertiga menyorok sebalik van yang ada depan rumah depa.. dok usha2 jugak la, laki tu jauh lagi.. kemudian aku nampak sorang budak putera duduk depan pintu.. dia usha kami pelik ja.. Haha.. Aku pun halau la dia masuk rumah.. Tapi chot panggil dia.. Ha bagus.. Aku halau, chot panggil.. Dia pun naik pening.. mesti dia kata. 'sorang halau, sorang panggil. aku nak buat yang mana satu?' haha.. sori ya.. tiba-tiba..Ggggrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!! tak sangka, laki yang ikut kami tu masuk lorong yang sama kami masuk.. alahai, macam nak luruh ja jantung time tu.. kalau boleh menjerit, time tu jugak aku menjerit.. rupa-rupanya, dia nak p kawasan belakang rumah budak laki.. maybe nak balik rumah dia, atau mungkin nak ke mana-mana.. hahaha... Kami ni ja yang perasan lebih.. ingat orang nak culik bagai.. tapi tak salahkan kalau nak berhati-hati..

Ni time nak cover malu.. Kami senyap-senyap keluaq dari rumah budak laki tu.. chot dengan atin pecut tak toleh belakang dah.. tapi aku dak.. aku sempat lagi usha belakang.. aku tengok, kawan laki kami tadi tu, dia dok tengok kami dekat pintu dengan pak cik mana tak tau.. maybe tuan rumah kot.. Alahai, malu tu tak tau nak kata macam mana dah la.. Kami buat muka kering ja.. Hahaha.. Last-last, time kami dok makan kat kedai tomyam depan rumah, tengok2 pak cik yang ikut kami tu p makan kat kedai tu sekali dengan sorang anak muda.. Mungkin saja anak dia.. Hahaha. time tu, rasa macam nak duduk bawah meja ja.. Malu takut dia perasan kami ada kat situ..

sekian sudah cerita aku dengan kawan-kawan aku.. kenangan perasan.. Ha, jangan ingat manis dengan pahit ja ada kenangan tau.. perasan pun ada kenangan jugak.. hehe.. that's all.. jumpa lagi di lain waktu.. wasalam..

No comments:

Post a Comment

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...