Wednesday, 25 September 2013

Us Azizan Abd Razak

Hari ni aku terima berita yang betul-betul menyedihkan.. Sesungguhnya, setiap yang hidup itu akan mati.. Itu janji Allah..

Pada jam 11.10 pagi tadi, kami dikejutkan dengan pemergian seorang hamba Allah yang sangat zuhud sifatnya, dan amat disenangi oleh rakyat especially rakyat negeri kedah.. Sebelum ni, ada segelintir yang tak senang dengan sikapnya yang agak tegas dan lantang bersuara, tapi bagi sesiapa yang mengenali beliau, pernah bersua muka dengan beliau pasti tahu benar bagaimana sikap beliau..

 Ya!! Beliau memang lantang bersuara, tapi untuk apa?? Hanya semata-mata mahu menegakkan keadilan dan sekaligus menaikkan nama islam.. Beliau tak cakap kosong.. Kalaulah beliau seorang yang kurang baik akhlak peribadinya, msutahil agong akan memberi pangkat kepada beliau sedangkan yang lain tak dapat pangkat seperti mana yang diberikan oleh agong kepada beliau.. Apa pangkatnya?? Dato Seri Diraja... Bukan mudah untuk mendapat pangkat sebegini.. Allah, agong teramat sayang kepada beliau.. Allah Allah Allah.. Tak dapat aku gambarkan betapa pilunya hati ini bila mengenangkan kisah perjuangannya selama ini..

Ya Allah, Kau tempatkanlah almarhum Dato Seri Diraja Us Azizan Abd Razak bersama dengan orang-orang yang beriman.. Sesungguhnya Engkau lebih menyayangi dirinya..

Tanda-tanda menjelang kiamat adalah, diangkatnya alim-alim ulama dan tinggallah manusia-manusia yang jahil.. Ya Allah, Kau selamatkanlah kami dari segala bahaya.. Kami tetap akan meneruskan perjuanganMu us.. 

No comments:

Post a Comment

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...