Saturday, 15 June 2013

Kem Tarbiah Shabab =)

Assalamualaikum ..

Jam 9 pagi, hari isnin dapat satu panggilan dari sekolah maahad kulim..

Ustaz nasoha : Assalamualaikum, aqilah.. Ni ustaz ni..

Aku : Waalaikumussalam, ya ustaz..

Ustaz nasoha : Emm, Aqilah, program kamu tu start minggu ni tau. Hari khamis ni..

Aku : Apa ustaz???! Minggu nii???!!

Ustaz nasoha : Ha, minggu ni sebab minggu depan minggu balik kampung. Minggu lagi sekali, takut ada program lain. Takwim full dah.. Minggu ni ja ada masa.. Kalau nak budak laki join kamu pun tak pa. Hari tu ustaz cakap buat asing kan? Ha, ni kalau nak campoq pun tak pa..

Aku : Errrrr

Ustaz nasoha : Tak pa laa Kamu bicang dulu dengan yang lain-lain.. Panjang lagi masa, hari ni baru hari isnin..

Aku : Err, insyaAllah us.. Kami akan buat yang terbaik.. InsyaAllah, jadi..

~tamat panggilan~

Fuhh, memang terlalu cepat.. Sampaikan tak sempat nak buat apa-apa persiapan.. Rasa macam nak tarik diri jee.. Tapi, apa boleh buat, dah janji dengan us, siap jumpa lagi dengan us, so kena jalankan jugak laahh.. So, dengan kalut bagai, bincang la dengan kwn2.. Dengan nak cari fesinya, dengan nak cari modul lagi.. Aduhh, ketandusan idea jugakk laa.. Ya la, last minutes.. Memang x laa nak cari semua tu dengan sempurna.. Akhirnyaa, masa yang ditunggu pun berkunjung tiba.. (aiseh)

Program kami ni start 9 malam.. So, aku dengan kawan dua orang, bertolak dari rumah dalam pukul 8 lebih macam tu, dan sampai kat sekolah dalam pukul 9.. Haha, dan kena perli sedaih dengan kawan2 laki, ye laa.. Mai lambat.. Huhu, tapi nak buat macam mana.. Bukan sengaja kan.. Dengan hujan lebat, drive waktu malam, tak ke bahaya.. Hehe~ Abaikan tentang tu.. ;)

Sampai je kami kat sana, terus adakan meeting untuk carta organisasi, dan tentatif program.. Aku yang buat kertas kerja, so diri nii laa yang kena terangkan semuanyaa.. (adusshh, macam bidan terjun pulok) Malam tu agak celaru jugak la sebabnya pengarah program pun tak tau hujung pangkal tentang program nii. Tak sempat nak buat meeting, semua pakat duduk jauh2 belaka.. (kesian)

Malam tuu, kami start program kami nii dengan kurang menarik jugakkk laa.. Banyak sangat kekurangan, tapi kami cuba jugak untuk buat yang terbaik.. Adik-adik pun nampak agak boring la jugak.. Keesokan harinya, kami tekad cuba buat yang terbaik. Apa yang dirancang dalam tentatif, kami cuba sampaikan sebaik mungkin walaupun ada jugak yg ter'missss'kann.. Dalam hati nii cuba perbanyakkan rabbi yassir wa la tu'assir jee.. Mudah2an Allah permudahkan.. Tanya jugak laa pada adik-adik form 5, macam mana dengan program, n then depa cakap ok.. Banyak jugak pengisian unsur kerohanian berbanding dengan tahun2 sebelum nii.. (hanya mampu mendengar).. Dan program tetap diteruskan jugak sampai hari sabtu.. Walaupun pada hakikatnya, aturcara program agak cacamerba, kami tetap teruskan jugak..Akhirnya, bila sampai kepada sesi penutup, ha!!! Semua pakat menjerit tak mau!!! Haha, rasa terharu lahh pulakk.. Nak nak pulak, depa mintak lebihkan lagi masa program.. Huu~ Adik2 nii.. Sabar yee.. Ini baru permulaan.. InsyaAllah, lain waktu kalau kami dah betul2 mahir dalam berprogram, kami buat lagi yee untuk kamu semua.. ;)

Tiada ungkapan yang dapat aku katakan kepada sahabat2 muslimin yang banyak membantu menjayakan program.. Serious, kalau depa tak ada, tak tau lahh program kami nii berjalan atau pun takk.. I'm appreciate all of u.. InsyaAllah, kita akan cuba lagi buat yang terbaik di lain waktu, dan lebihkan lagi unsur kerohanian kerana 'melentur buluh biarlah dari rebungnya', 'umpama menarik rambut dalam tepung'. Tepung tak berselerak, rambut tak putus'.. Huhu, nak tarbiah orang, diri sendiri jugak perlu ditarbiah sebaik mungkin.. Moga Allah redho atas segala usaha kami.. Aminn..

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana membenarkan kami mengadakan program kepada adik2 pada hari minggu serta menyediakan peruntukan kepada kami., Huhu, banyak kot dapat.. Terima kasih jugak kepada sahabat sekelas, amer, kamal, dan miza, senior2 dari batch 93 dan 92 yang turut hadir meng'imarahkan program, sahabat2 amer dari maahad tahfiz, sahabat kamal faiz basri yg dah banyak membantu menjayakan program serta adik2 yang bagi kerjasama.. :) Hope, untuk yang akan datang, aktiviti ni akan menjadi warisan kepada adik2 ex student MMKL..

No comments:

Post a Comment

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...