Saturday, 26 January 2013

sahabat til jannah..

"ira,tolong saya.. saya tak kuat untuk tempuh semua ni seorang diri.. saya benar2 tak mampu berdiri sendiri tanpa semangat dari awak.. satgi pagi, kalau awak tak busy, tolong text saya balik ea.. saya nak call awak.. saya nak luahkan segala2nya kepada awak.." rintih izzah kepada sahabatnya pada jam 3 pagi.. setelah itu, izzah cuba kuatkan diri untuk melakukan tahajjud.. memohon ketenangan yang abadi kepada Allah yang Maha Esa.. dengan harapan, rayuannya didengari oleh Allah.. dengan harapan doanya dimakbulkan oleh
Rabbul 'Alamin..

jam 7 pagi, mesej masuk.. tit tit tit tit.. mejes daripada ira.. dia bertanya dalam nada berbaur kerisauan.. tapi, disebabkan malam telah mencuri lena izzah, dia terpaksa mengabaikan mesej ira buat sementara lalu "mengqadakan" tidurnya untuk seketika.. hampir tengah hari baru izzah tersedar dari lenanya.. setelah membersihkan diri dan makan, langsung izzah mesej ira.. 

hanya bualan kosong pada awal mesej.. tiba2 ira bertanya, "izzah, awak ada masalh ke? semalam awak tidur tak? awak ok tak ni?" pelbagai soalan menerjah jelas kerisauan kepada sahabatnya itu.. izzah hanya mampu diam, tak bisa kata apa2.. dengan berbekalkan sedikit doa, dia cuba menjelaskan apa yang terjadi.. "ira, apa yang awak akan rasa sekiranya pendapat awak ditentang habis2an?" tanya izzah.. "ditentang bagaimana ya?" tanya pula ira untuk meminta penjelasan.. "tak la.. contoh awak ada bagi sesuatu pandangan yang awak rasa pandangan tu penting untuk kebangkitan ummah, tapi dengan pandangan awak itu, awak mendapat tohmahan dan cercaan walhal orang yang membangkang tersebut adalah sahabat awak sendiri.. tapi ketika itu, awak mahu belajar dari kesilapan sendiri.."terang izzah kepada ira..
lama kemudia izzah menerima mesej dari ira.. "hmmm,, geram juga bila kita melontarkan sesuatu pandangan tu tapi kita ditentang habis2an.. urmmm,, ira hanya mampu bole menangis je.. izzah?" soalan dilontarkan semula kepada izzah.. "izzah pun sama.. menangis je yang bole.. cuma agak terkilan la bila sahabat sendiri cakap tanpa memikirkan baik buruknya." izzah pula menjawab.. 

"apa yang sahabat izzah tu katakan?" tanya ira meminta kepastian.. tanpa ada selindung, izzah menceritakan segala2nya kepada ira.. dari a-z.. ira memahami setiap luahan hati izzah.. setelah izzah selesai menceritakan apa yang terjadi, ira memberi sedikit sokongan mental agar ira terus bersabar.. ira menyokong tindakan izzah dan menyatakan bahawa tindakannya itu merupakan satu tindakan yang betul.. izzah hanya mampu tersenyum apabila mengetahui masih ada lagi yang sudi 'backup' dirinya.. dia merasakan seperti masih lagi dihargai.. 

lalu dia memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana telah mengurniakan seorang sahabat yang memahami.. baginya, sahabat adalah segala2nya.. bermula dari episod yang memilukan itu, izzah bangun dengan 'ruhhul jadid'..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*kisah benar yang telah diedit.. 'suspend'!!! pasti pembaca tertanya-tanya, perkara apakah yang dilontarkan izzah sehingga dia mendapat tohmahan yang tidak ber'saman'.. =) hehe.. rahsia yeee.. terserah kepada pembaca apa yang ingin anda fikirkan.. atas kretiviti anda sendiri.. cuma disini,, nk share sikit.. pilihlah sahabat yang membawamu ke syurga, bukan mengheretmu ke neraka.. pasti kita ingat tentang satu pepatah yang berbunyi "carilah sahabat walaupun 1000 orang kerana 1000 orang tidaklah banyak,, hindarilah musuh walaupun seorang, kerana seorang musuh sudah terlalu banyak" ~_^ macam pelik je bunyi.. ahh,, xpa.. abaikan.. apa yang disampaikan kat sini, kita disarankan mencari ramai teman dari mencari ramai musuh..

tapi tapi tapi tapi tapi tapi!!!!!!!!! kita kena juga memilih dalam bersahabat.. kerana sahabat adalah salah satu cermin untuk mempamerkan akhlak kita yang sebenar.. bersahabatlah semata-mata kerana Allah.. pasti kemanisan berukhuwah yang kita temui even sesekali ada juga perselisihan faham.. tapi, xpa! jangan risau.. x akan berlanjutan jika mengharapkan keredhoan dari Allah.. ^_^ Allah kan ada.. ;-) 

huhu.. teringat pula dekat sahabat2 di maahad mahmud kulim, dan maahad mahmud pokok sena.. moga ukhuwah tetap tertaut walaupun jarang2 berjumpa.. doaku moga kalian dirahmati Allah hendaknya.. Aminnn..

No comments:

Post a Comment

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...