Thursday, 17 January 2013

berhijablah wahai saudaraku sayang

"ustazah, saya nak tanya satu soalan boleh?"tanya seorang pelajar india.

"ye, boleh.. apa soalannya tu?" jawab ustazah sambil tersenyum melihat telatah anak muridnya yang comel itu..


"err,, ustazah.. pakai tudung wajib ke?" tanya pelajar tersebut.

"sayang, siapa kata pakai tudung tu wajib? tutup aurat yang wajib. kalau nak pakai guni untuk tutup kepala  pun boleh, asalkan tak dedahkan aurat." jawab

ustazah tersebut dengan tenang.

"eheh, itu yang saya nak maksudkan. tutup aurat tu wajib ke? (sambil tersengih-sengih).. owww,, maksudnya tutup aurat tu wajiblah ea? tapi kan ustazah kenapa saya tengok ramai wanita-wanita (islam) di luar sana langsung tak menjaga aurat mereka? mereka seperti menjual aurat mereka untuk tontonan umum. boleh ke ustazah? adakah ajaran islam macam tu? kemudian tu kan ustazah, ada pulak fesyen tudung-tudung terkini yang jelas 'design'nya jauh tersasar dari panduan islam.. sedangkan apa yang saya tahu, islam tak ajar cara berfesyen macam tu kan ustazah?" tanya anak murid itu panjang lebar.


terkedu saya dengan soalannya.. saya berdoa dalam hati (ya Allah, kau bukakanlah pintu hidayah buatnya untuk menerima islam).. laju air mata saya menitis bila mengenangkan ramai wanita-wanita di luar sana langsung tak menghiraukan tentang aurat.. ingatlah wahai saudara2 ku sekalian.. TUTUP AURAT ITU WAJIB!!! janganlah kita menayangkan tubuh badan kita kepada ajanabi.. perbuatan itu sama sekali ditegah dalam islam. tidakkah kalian semua mengetahui??


antara dalil yang mengatakan bahawa menutup aurat itu adalah WAJIB..


1) firman Allah Subhanahu wa Taala, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].


2)sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud] 



3) firman Allah,“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya” [Al Ahzab:59]. 


nah!!!!! betapa jelasnya.. ! jadi??? kenapa masih ada lagi segelintir daripada kita yang jadikan tudung tu sbg fesyen.. nak pakai, xmw buang.. ya Allah,, Allah telah tinggikan darjat kaum wanita.. tetapi wanita sendiri yang merendahkan semula darjat tersebut.. tak malukah kita pada Allah?? bagaimana islam nak berkembang sekiranya kaum wanita (islam) sendiri tak pernah ambil inisiatif untuk berubah.. ingat wahai saudara2 ku sayang, aurat wanita adalah seluruh aggota badannya selain muka dan tapak tangan. badan kita bukan untuk tontonan umum.. nk tunjuk sangat? boleh.. tunjuklah kepada suami kita yang sah.. ha! time tu pahala pun dapat.. free pulak.. 


hmmmm.. wahai kaum hawa.. bangkitlah.. majulah.. majulah dari pemikiran kolot itu.. ingat! jangan masih berada di tampuk yang lama.. sayang antunna sekalian..

No comments:

Post a Comment

No title...

Terganggunya hari ni.. konon deactivate account nk lari, nk tenang.. tp tetap sama.. ya Allah.... bahana melepaskan amarah kepada org lain...